KEMPEN "TIADA AEDES TIADA DENGGI"



Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan

" AKAL YANG SIHAT ADALAH DARI
 TUBUH BADAN YANG SIHAT"





MINDA BESTARI

Kurniakan daku akal fikiran yang cergas...
Kotak fikiran yang mampu mengeluarkan
 ilmu-ilmu yang bermanfaat..
Serta kebijaksanaan yang hakiki..
Untuk daku beramal dengan ajaranMU...
InsyaALLAH....ganjaran SyurgaMU menanti...

TAHNIAH!!buat anak didik SK Kampong Kedah
Semoga kamu semua mampu menjadi generasi ulul albab...
Serta mampu menjadi ilmuan moden & islamik dalam memacu negara ke arah kemajuan duniawi ukhrawi...
...Amin ya Rabbal A'lamim....




Renungan di Penghulu segala hari


Ya ALLAH....Ya Tuhanku...
Aku memohon kepadaMU....
Berikanlah kepada kami rahmat & hidayahMU...
jauhkanlah diri kami dari sifat lalai....
Teguhkanlah hati kami untuk terus berusaha dalam menggapai syurgaMU...


Ya ALLAH...Ya Karim....
KAU lembutkanlah hati kami agar sentiasa rasa bersyukur terhadap rezeki kurnianMU....
Malah rezeki yang KAU anugerahkan kepada kami,akan kami kongsikan dengan mereka-mereka yang memerlukan...
Kerana kami yakin & percaya bahawa...
Setiap rezeki di muka bumi ini adalah milikMU...



Ya ALLAH...Ya Rahim...
Hanya kepadaMU kami memohon segalanya...
Hanya kepadaMU tempat kami mengadu...
Suka duka, pahit manis sebuah kehidupan..
Hanya ENGKAU percaturan yang terbaik...
Setiap yang berlaku,terselit 1001 hikmahMU...
DOA SENJATA PARA MUKMIN..



CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Tarikh 
14 Julai 2014
Masa 
11.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat 
Bilik jQAF SK Kampong Kedah
Penceramah
Ust Nuruddin bin Amiruddin
( Imam Masjid Daerah SPU )












Syukur Alhamdulillah...
program yang dirancang berjalan dengan lancar...
Semoga semua warga SK Kampong Kedah sama-sama mendapat input yang berguna untuk kehidupan barakah duniawi dan ukhrawi..
...Amin Ya Rabbal Alamin...





Sejenak bersama...

Tazkirah Ramadhan :

 Nuzul Al-Quran


Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.



Peristiwa ini menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.



‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:



Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)



al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.



Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:



”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


TADARUS AL-QURAN

Alhamdulillah...
Syukur padaMU ya ALLAH....
kerana memberi peluang kepada kami warga SK Kampong Kedah untuk mendekatkan diri kapadaMU...
Semoga anak didik SKKK menjadi penyejuk mata..penawar hati..penajam fikiran..
 kepada ibubapa, ustaz - ustazah, guru-guru, masyarakat dan negara.. 














PERASMIAN IHYA' RAMADHAN 1435H

Bulan RAMADHAN...Bulan yang BERKAT...
Membawa RAHMAT & SYAFAAT kepada seluruh umat islam...
Semoga RAMADHAN kali ini membawa seinfiniti KEREDHAAN dariNYA...
Ya ALLAH....
KAU redhailah kehidupan kami sebagai hambaMU dimuka bumi ini..
Jadikanlah kami semua sebagai hamba yang sentiasa mendapat dibawah lindunganMU..
















Diambang RAMADHAN...Ya Rabb....Kami bersyukur kepadaMU kerana dipertemukan lagi dengan RAMADHAN kali ini..RAMADHAN....KEDATANGANMU DINANTI PEMERGIANMU DITANGISI...

Ku mengharapkan RAMADHAN kali ini penuh makna....
Agar dapat kulalui dengan sempurna...


Ya ALLAH....jadikanlah kami semua warga SKKK dalam golongan yang sentiasa diberi Rahmat & HidayahMU..
Semoga kesempatan Ramadhan kali ini dapat menjadikan kami sebagai hambaMu yang sentiasa patuh dan taat perintahMU....
Bawakanlah kami semua kejalan yang KAU redhai....

Tentatif program....

☆ Ceramah Diambang Ramadhan
☆ Kuiz Ramadhan
☆ Pertandingan mewarna bagi tahap 1
☆ Pertandingan melukis Khat bagi tahap 2







MAJLIS IHTIFAL TAHUNAN...18 JUN 2014 / RABU


Sekalung TAHNIAH kepada anak didik SK Kampong Kedah kerana telah berjaya dalam Majlis Ihtifal jQAF.




Antara para peserta cilik yang mewakili Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah dalam Majlis Ihtifal jQAF sesi 2014..


Senarai semak keputusan keseluruhan Majlis Ihtifal jQAF sesi 2014.



Semoga dengan kejayaan menjadi milik kita semua...
"ILMU ITU DICARI BUKAN MENCARI"