PROGRAM JAYA WARIS & BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN 2014


Ustaz Shukri Penolong Kanan Pentadbiran memberi ucapan dan taklimat

Cikgu Jefri mempengerusikan Majlis







Nama Program : Program Waris Jaya
Tarikh : 23 Januari 2014 Khamis
Masa    : 2.20 ptg- 5.00 ptg
Tempat : Dewan SK Kampong Kedah
Sasaran : Murid Tahun 6 dan Bantuan RM100 utk smua murid

Objektif :
1. Sebagai santapan rohani dalam menuju kecemerlangan UPSR 2014.
2. Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri calon-calon UPSR 2014 ke arah mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
3. Membentuk permuafakatan yang jitu dan kukuh antara ibu bapa calon UPSR 2014 dengan pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program peningkatan prestasi anak-anak bagi memastikan kejayaan anak-anak.
4. Memberi pendedahan awal dan makluman kepada ibu bapa tentang program UPSR yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2014.

Penilaian Program :
1. Kerjasama yang baik di kalangan guru, ibu bapa dan murid.
2. Perjalanan aktiviti mengikut masa yang ditetapkan.
3. Kaunselor jemputan yang berpengalaman.



PERANAN GURU AGAMA ISLAM





Peranan Guru Agama Terhadap Murid
1. Menyedari bahawa mereka bagai role model
2. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah
3. Mendedahkan dan memahamkan murid kepada pelbagai bentuk ibadah wajib, kelebihan, ancaman, cara melaksanakan serta kaitan dengan kehidupan di dunia dan akhirat
4. Memotivasikan murid untuk melaksanakan amalan agama dalam kehidupan seharian

Peranan Guru Agama Dalam Pengajaran & Pembelajaran (P & P)
1. Guru bukan sekadar pengajar tetapi dia juga pendidik
2. Guru perlu menguasai dasar pendidikan dan cara-cara mengajar yang berkesan
3. Mementingkan konsep di dalam pengajaran
4. Sentiasa mengunakan pendekatan motivasi
5. Mengusai pengurusan bilik darjah

 
 
Peranan Guru Menanamkan Kecintaan terhadap Agama -Wan Bakar Wan Dagang (1991)
1. Menanamkan asas agama yang kukuh
2. Menanam minit beragama dan sensitif kepadanya
3. Menggerak dan menaikkan emosi murid supaya cintakan agama
4. Membasmi kejahilan beragama berasaskan pendidikan Islam
5. Melahirkan Jailul Qur'an di kalangan murid
6. Meningkatkan cara hidup Islam dikalangan murid
7. Mewujudkan nafsu mutmainnah dikalangan murid
8. Mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di sekolah dan luar sekolah
9. Membanteras kemungkaran dan kesesatan dikalangan dengan cara yang baik
10. Membentuk iklim sekolah dengan nilai agama Keterampilan yang perlu dimilikki oleh Guru Agama
1. Lebih berdidikasi
2. Cemerlang melaksanakan tugas
3. Membantu murid untuk menjadi seorang muslim yang berakhlak, berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa
4. Memahami falsafah, matlamat dan hasrat pendidikan Islam
5. Meningkatkan ilmu yang sedia ada
6. Pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat pelajar
7. Menguatkan ukhuwwah dan gerakan sesama guru pendidikan Islam
8. Kepimpinan dan sahsiah yang mempunyai pemikiran yang mantap, rasional, bijaksana dan matlamat yang jelas
9. Menjadi seorang murabbi, muaddib, dai'e dan qaid



Peranan Guru dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan - Syed Lutfi (1994)
1. Guru adalah agen perubahan dalam mencapai matlamat pendidikan
2. Guru berperanan sebagai pengajar, pendidik dalam membentuk sikap, nilai dan akhlak
3. Sentiasa memikirkan cara-cara memperbaiki kualiti pendidikan
4. Memperbanyakkan latihan, tunjuk ajar, kelas tambahan dan sebagainya untuk memastikan murid dapat menguasai ilmu
5. Sentiasa melengkap dan mempertingkatkan ilmunya
6. Sentiasa inovatif dalam menyampaikan pengajarannya
7. Menampilkan karisma kepimpinannya
8. Bijak memberi pertimbangan kepada kepelbagaian sikap murid
9. Bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan
10. Malaksanakan amanah pendidikan dengan penuh berkualiti

Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak- anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat anatara intitusi pendidikan dengan rumah tangga
2. Menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada merka yang berhak mengetahuinya
3. Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak- anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana 
 4. Mengelakan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid
5. Mengelakkan diri daripada mengelurkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat & Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan rukun negara
2. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
3. Menghormati masyarakat tempat beliau berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warga negara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa dan institusi pendidikan dengan masyarakat
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat
6. Berpegang kepada tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat & Profesion Perguruan
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru
2. Tidak melibatkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapannya sebagai guru
3. Berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan
5. Sentiasa mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
6. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru

Sifat-Sifat Guru Pendidikan Islam - Abdul Halim Muhammadi (1991)
1. Sifat zuhud (mendidik kerana mencari keredhaan Allah S.W.T)
2. Kebersihan diri luaran dan dalaman
3. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri
4. Sebagai bapa atau ibu dalam menghadapi muridnya
5. Memahami tabiat muridnya

Sifat-Sifat Guru Pendidikan Islam -Abdullah Ishak (1989)
1. Memilikki ilmu dan kaedah pengajaran
2. Ketokohan dan kperibadian guru
3. Memberi ilmu kerana Allah
4. Kebijaksanaan dan kematangan
5. BErsifat kasih sayang
6. Perwatakkan guru

Sifat-Sifat Guru Pendidikan Islam - Abdullah Nasih Ulwan (1981)
1. Ikhlas
2. Bertaqwa
3. Berilmu pengetahuan
4. Pemaaf
5. Bertanggungjawab

Sifat-Sifat Guru yang Disukai Murid - Atan Long (1993)
1. Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat
2. Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik
3. Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi dari kebanyakkan orang
4. Mempunyai sifat yang kreatif, imiginasi dan ikhtiar
5. Mempunyai suara dan tingkah laku yang beradab
6. Bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah
7. Sabar
8. Jujur
9. Tegas
10. Menepati masa dan berkebolehan mengurus
11. Mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan
12. Memberi bimbingan yang demokratik
13. Menjaga status ikhtisas perguruan

Sifat Guru Yang Tidak Baik
1. Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah hilang sabar
2. Tidak membantu kerja-kerja di sekolah, tidak menerangkan pelajaran dan tugasan secara jelas serta bekerja tanpa perancangan
3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu
4. Besar diri, sombong. Angkuh, susah menerima pandangan dan tidak menyedari muridnya keluar kelas
5. Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa, terlalu tegas dan membuat huru hara
6. Tidak adil dalam peperiksaan dan pemberian markah ujian dan peperiksaan
7. Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan murid, memalukan murid di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran
8. Tidak berminat untuk mengenali murid dan latar belakang mereka
9. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya