Sejenak Bersama....



"Ya ALLAH Ya Tuhan Kami..Jadikanlah Agama kami,Agama Nabi SAW...
Islam kami, Islam orang Muslim...
Iman kami,Iman orang yang Mukmin....
Solat kami, Solat orang yang khusyuk...
Amin Ya Rabbal Alaminn..."



PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL PENDIDIKAN ISLAM




Antara murid-murid yang mendapat 4A dalam sijil Peperiksaan Pendidikan Islam sesi 2014


Salah seorang daripada senarai penerima sijil merupakan murid terpilih mewakili PPD Daerah Kerian untuk MAJLIS KHATAM AL-QURAN peringkat negeri Perak.


Syukran Jazilan kepada Puan Azimah selaku guru besar SKKK di atas penyampaian sijil & hadiah

KBS (AMALI SOLAT)

"Ya ALLAH Ya Tuhan kami...KAU jadikanlah solat kami,solat dari kalangan orang yang khusyuk..Aminn"






MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT PPD KERIAN


Majlis Khatam Al-Quran 
Peringkat Daerah Kerian
bertempat di SK Sri Kerian,Parit Buntar.




MAJLIS TADARUS AL-QURAN TAHUN 6

MAJLIS TADARUS AL-QURAN
BAGI MURID-MURID TAHUN 6
DI SURAU SK KAMPONG KEDAH






CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H.

Tarikh :21 Oktober 2014
Tempat : Dewan SKKK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.....

"1 Muharram detik permulaan...
perkiraan tahun Islam Hijrah....
 perpindahan NABI & umat Islam....
Dari Kota Mekah  ke Kota Madinah...
Atas keyakinan Iman yang teguh..."

Semua warga gerak kerja Panitia Pendidikan Islam jQAF SKKK telah berjaya mengadakan ceramah bersempena Sambutan MAAL HIJRAH peringkat sekolah.
Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En Solhi b. Sharif dengan kupasan bertajuk "MAAL HIJRAH".
Sebelum sesi ceramah,murid-murid dihidangkan dengan tayangan video "Sirah Nabi".










KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3, 4, 5 & 6.


Tarikh : 16 Oktober 2014
Tempat : Bilik jQAF SKKK

Alhamdulillah...Syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah & kurniaNYA,Kami warga Panitia Pendidikan Islam jQAF SKKK telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 3, 4, 5 & 6. 
Sedikit kelainan telah dilakukan dalam agenda Kem Bestari Solat  kali ini iaitu dengan mengadakan beberapa jenis aktiviti yang kreatif bagi mencungkil bakat anak didik SKKK terutamanya dalam bab berkaitan solat.
Pihak kami telah menjemput beberapa orang fasilitator luar iaitu dari kalangan mahasiswa/wi untuk mendekati adik-adik serta berkongsi ilmu terutama dalam bab solat dan sewaktu dengannya. Dalam pada ini juga, pihak kami turut mengadakan "Eksplorace Kem Bestari Solat" dimana di murid-murid perlu melalui semua check point yang telah disediakan.
Di setiap checkpoint meliputi  soal jawab solat,wudhuk & kafa, amali solat & wudhuk, bacaan dan sebagainya.
Dalam LDK pula, murid-murid diuji dengan ujian minda dalam pelbagai aspek. Slot ini memberi impak yang berkesan terhadap daya kretiviti dan minda murid-murid terutamanya dalam soal agama dan aplikasinya dalam kehidupan harian.











KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2.

Kem Bestari Solat ini melibatkan murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2. Langkah pendekatan yang diambil ialah menayangkan video yang berkaitan solat yang mana dapat membantu murid agar dapat memahami serta memerhatikan setiap gerak geri yang perlu dilakukan semasa solat.
Tambahan itu juga,demonstrasi untuk bersolat juga dilaksanankan untuk murid lebih memahami dan disusuli pula dengan penerangan yang jelas dan padat berkaitan solat.
Semoga murid-murid SKKK dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan baik dan sempurna.Insyallah.Amin.






CERAMAH PENGHAYATAN AIDILADHA 1435H..

Alhamdulillah....Dikesempatan ini,murid-murid dapat mendengar serta menghayati ceramah bersempena dengan AIDIL ADHA...Amin Ya Rabb....