KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3, 4, 5 & 6.


Tarikh : 16 Oktober 2014
Tempat : Bilik jQAF SKKK

Alhamdulillah...Syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah & kurniaNYA,Kami warga Panitia Pendidikan Islam jQAF SKKK telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 3, 4, 5 & 6. 
Sedikit kelainan telah dilakukan dalam agenda Kem Bestari Solat  kali ini iaitu dengan mengadakan beberapa jenis aktiviti yang kreatif bagi mencungkil bakat anak didik SKKK terutamanya dalam bab berkaitan solat.
Pihak kami telah menjemput beberapa orang fasilitator luar iaitu dari kalangan mahasiswa/wi untuk mendekati adik-adik serta berkongsi ilmu terutama dalam bab solat dan sewaktu dengannya. Dalam pada ini juga, pihak kami turut mengadakan "Eksplorace Kem Bestari Solat" dimana di murid-murid perlu melalui semua check point yang telah disediakan.
Di setiap checkpoint meliputi  soal jawab solat,wudhuk & kafa, amali solat & wudhuk, bacaan dan sebagainya.
Dalam LDK pula, murid-murid diuji dengan ujian minda dalam pelbagai aspek. Slot ini memberi impak yang berkesan terhadap daya kretiviti dan minda murid-murid terutamanya dalam soal agama dan aplikasinya dalam kehidupan harian.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan